Rabu, 2 Disember 2009

Seulas Pinang

Salam untuk semua..........
Selamat datang dan terimakasih kepada semua pelawat dan teman-teman yang sudi menjadi teman blog saya.
Mengapa dijudulkan "Flowers and Things"? Bunga dan benda adalah suatu yang berkait rapat . Saya menggemari bunga dan setiap sesuatu benda yang mempunyai bunga atau bermotifkan bunga tetap diminati dan disenangi atau sedap dipandang mata.

Minat terhadap barang-barang lama terutamanya pinggan-mangkuk lama semakin bersemarak tatkala melayari blog-blog koleksi barang-barang lama. Tahniahlah kepada semua blogger-blogger yang dapat mengumpul dan mempunyai barang-barang lama seperti pinggan-mangkuk dalam pelbagai corak bunga dan warna. Saya juga menggemari corak bunga-bunga Inggeris.

Dengan merendah diri , saya berharap dapat bersama-sama anda semua menyemarakkan lagi kecintaan terhadap khazanah lama.

Semuga di ruangan ini ,kita bersama-sama dapat berkongsi pengalaman dan minat yang sama....

Harum sungguh bunga kasturi....
Harum lagi bunga kenanga......
Kalau sudah terpaut hati.....
Jangan tunggu lama-lama......

terus dapatkan saja...